KWSP kini memperkenalkan definisi baru iaitu "SIMPANAN ASAS", yang bermakna satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperolehi simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.Ahli kemudiannya boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas ke dalam unit amanah (unit trust).
Syarat yang ditetapkan oleh KSWP ialah:
- Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah skim PPA TIDAK MELEBIHI 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
- Pelaburan ini boleh dibuat SETIAP 3 BULAN SEKALI.
- Jumlah minima pelaburan ialah RM1,000.
Sila lihat Jadual Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 Mengikut Umur. Kemudian saya akan berikan contoh pengiraan jumlah yang layak dilaburkan ke dalam unit trust.

Contoh pengiraan amaun yang layak dilaburkan dalam unit trust.
Yang menariknya, service charge sudah dikurangkan dari 5.45% kepada 3% untuk membolehkan pelaburan kita mendapat pulangan (ROI) yang lebih cepat dan tidak terbeban dengan service charge yang tinggi. Dari jadual di atas juga sudah nampak kerajaan memang menggalak orang-orang muda melabur.
Nasihat saya kepada yang susah hendak menyimpan duit kerana berbagai-bagai alasan tu, menggunakan skim ini dahulu. Bila dah nampak pulangan, sudah tentu merasa sayang kerana tidak melaburkan wang dari penat lelah bekerja habis begitu sahaja.
Perlu diingat, pelaburan dalam unit tust adalah untuk jangka sederhana hingga jangka panjang. Sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi jangan anggap pelaburan unit trust ini seperti skim cepat kaya pula kerana hendak untung cepat.Namun begitu, kita perlulah memantau @ monitor pelaburan kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bersama agent masing-masing.Jika berlaku krisis ekonomi seperti kebelakangan ini gara-gara isu subprima di US, bolehlah menambah pelaburan kita kerana dapat membeli lebih unit dengan harga yang rendah. Jangan pula menjual pelaburan kita hanya kerana kita panik dan menganggap ekonomi akan terus meleset sampai bila-bila.
Jadi sesiapa kat luar sana yang ada mencarum dalam KWSP, bolehlah check berapa amaun yang boleh dilaburkan dalam unit trust. Jika kita guna skim Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP ini, terus saja target untuk long term. Sampai kita pencen umur 55.Lagipun skim ni memang untuk menambah nilai wang pencen kita kelak.
Jika ada nak tanya lagi in detail bolehla email saya kat noreliza_sazni@yahoo.com atau contact number ni 012-2455251.
Selamat Menyimpan dan Melabur :D



